Followers

Labels

Wednesday, June 6, 2012

Hidup Seumpamanya



Hidup ini umpama titisan air..
Setiap titisan mampu melenyapkan dahaga di dalam kehidupanmu.

Hidup ini umpama bunga yang sedang mekar
berbunga harum apabila hidupmu menjadi lebih baik.

Hidup ini umpama sebuah 'roller coaster'
apabila hidupmu terumbang-ambing melalui arah yang tidak menentu.

Hidup ini umpama rama-rama..
bermula dengan ketidaksempurnaan..
penuh dengan cacat cela..
namun ia perlahan-lahan menjadi sesuatu yang indah.

Hidup ini umpama sebuah gunung..
pada mulanya sangat meletihkan..
perit tak terkata..
namun..
apabila kau tiba di puncaknya..
itulah saat yang paling berharga dalam hidupmu.

Hidup ini umpama kau dan aku..
kerana itulah yang telah kita lalui bersama setiap hari.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...