Followers

Labels

Wednesday, June 6, 2012

'Bah'



Okey. Entry kali ni bertajuk 'Bah'. Kenapa  'Bah'? Tak da sebab apa pun sebenarnya.. Tajuk asal entry ni sebenarnya 'Jangan Guna Perkataan 'Bah' Dalam Situasi yang X Sesuai'
Oh yeah.. panjangnya tajuk kan? Akhirnya saya ringkaskan menjadi 'Bah' sahaja.Apa-apa pun, entry ni x bermaksud untuk menghina sesiapa atau menjatuhkan maruah sesiapa. Entry ni sekadar suka-suka..untuk mengisi masa lapang.. 

Saya selalu dengar ada kawan-kawan(yang bukan berasal dari Sabah, mahupun yang berasal dari Sabah tapi x tahu cakap slang Sabah) selalu menambah perkataan 'Bah' dalam ayat yang diaorang ujarkan, tetapi yang x syok tu, perkataan 'Bah' yang diaorang tambah tu x sesuai dengan tujuan ayat dan membuatkan ayat mereka kedengaran pelik serta lucu. Contohnya, ayat tanya "Kamu sudah makankah" menjadi "Kamu sudah makan bah?"

Mesti ada yang tertanya-tanya kan apa sebab saya buat entry pasal ni.. Okey.. Saya bukan racist, cuma memang 'jelek' a.k.a pelik dan lucu kalau dengar orang cakap/tambah perkataan 'bah' dalam ayat/situasi yang x sesuai. X salah kalau mau belajar cakap slang Sabah, tapi.. kalau x pandai tu, minta ajarlah.. Jangan cakap ikut sedap mulut sebab kadang-kadang ada orang yang salah faham dengan cara ujaran tu. Silap-silap diaorang ingat kamu sedang menghina bahasa Sabah. Apa-apa pun, PEACE NO WAR! ^___^

p/s: Perkataan 'bah' memang sinonim dengan orang Sabah.. tapi ada juga orang Sabah yang x pandai guna 'bah'. Jangan salah letak bah sudahlah. :D

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...