Followers

Labels

Friday, March 11, 2011

Saya Bangga Menjadi Guru

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

p/s: Tuntutlah ilmu sehingga ilmu itu mencurah-curah dalam diri kita. Kelak,kita dapat menghasilkan modal insan yang berminda kelas pertama. Kelak,kita dapat melahirkan ramai insan yang cemerlang dan berguna kepada negara,bangsa dan masyarakat. Berbahagialah mereka yang menjadi guru..kerana tanpa guru,tidak mungkin wujud doktor yang meneroka isi tubuh manusia,tidak mungkin wujud seorang angkasawan yang berjaya meneroka angkasa,tidak mungkin wujud seorang polis yang meneroka jenayah. Berbanggalah kita yang bakal menjadi guru...kerana kita juga bakal melahirkan insan-insan yang berjaya. Tetapi,sebelum mendidik insan lain,didiklah diri sendiri dahulu,bekalkan diri dengan ilmu yang berlimpah-limpah agar tidak terkial-kial apabila mendidik insan yang memerlukan didikan kelak. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...