Tengok pic family tadi. wah! daripada awal hingga habis tengok pic2 family tu,menitis airmataku tanpa henti.. CENGENG!Apatah lagi melihat pic Ara(my niece) yang comel montel tu. air mata mengalir deras..
CENGENG!Rasa geram tiba2 menerpa apabila melihat pic Ara yg sangat comel itu.. Rindu yang teramat sangat. Tengok pic2 mum,dad,my sisters...MISS THEM LIKE CRAZY. rindu membuak2 di dada. rindu nak dengar nasihat mum yg berjela-jela.rindu nak dgr papa memarahi aQ kerana sering kali melenting apabila beliau menegur atau membandingkan aQ dgn adikku..rindu untuk memarahi papa apabila beliau merokok di hadapanku terutamanya ketika aQ sdg makan.ermm..rindu kat kakak2ku yg suka mengusikku.rindu adik2ku yg suka mengenakan aQ..rindu untuk mengusik adik bongsuku kerana kulitnya yg gelap sedikit berbanding kakak2nya(termasuk aQ kerana kami ber4 berkulit cerah kecuali yg ke-5..gelap sedikit..)..memikirkan semua ini membuatkan hatiku hiba..air mata menitis ketika menulis post ini.betapa CENGENGNYA aQ...
aQ x mampu mengawal emosiku apabila memikirkan mereka yang sgt menyayangi aQ walaupun aQ seorang yg 'pendiam tapi nakal n degil' ketika berada di rumah...CENGENG! gosh gosh gosh!!!x sabar menunggu tarikh 13 Mac untuk balik ke Sabah. ya~mungkin orang lain fikir aQ xda rasa rindu kpd family kerana sangat jarang berhubung or menghubungi mereka. oh! tidak! sama sekali x benar. aQ bukanlah insan yang x berperasaan. jarang berhubung x bermakna aQ x rindu kpd mereka. RINDU OKAY! RINDU SEPARUH MATI!
tapi bukan sikapku untuk berhubung setiap hari dgn family.bukan kerana aQ biasa berjauhan dengan mereka. aQ x pernah berjauhan spt ini dgn mereka. aQ x tinggal kat hostel masa sekolah rendah mahupun sekolah menengah dulu. tidak! aQ hanya brjauhan dgn mereka jika aQ terlibat dgn aktvt luar sekolah,sukan,or aktvt kat Church. tapi sekarang.. aQ merasakan bahawa aQ terlalu jauh dgn mereka. namun,aQ takkan sekali2 menghubungi mereka setiap hari.bukan kerana x rindu ya.. tapi demi menjimatkan wang n menguji jati diriku..
dan aQ suka mencabar diriku utk mengetahui sejauh mana kekuatan mentalku untuk berhadapan dgn situasi sprti ini..dan aQ hampir berjaya. TAHNIAH!.benar. aQ sangat jarang menghubungi mereka. kerana bagiku,inilah masanya untuk mengadaptasikan diri dengan keadaan berjauhan dgn family.bukan untuk melupakan,tetapi untuk memberikan peluang kpd diriku untuk berdikari. ya! aQ rasa sangat bebas kerana x perlu dihubungi oleh keluarga setiap hari.. 'buat apa?','da makan?', 'kelas apa hari ini?', 'elaun korg da masuk?'.. ermm.. aQ x perlu menghadapi itu semua setiap hari. cuma kadang2 rasa jealous apabila melihat kawan2 dihubungi keluarga setiap hari.dalam presepsiku, mereka amat disayangi dan diberi perhatian penuh semasa belajar. berlainan dgn aQ yg seolah-olah anak terbiar. amat jarang dihubungi keluarga.
tapi aQ tahu mereka sangat menyayangi aQ. dan setiap kali memikirkan hal ini,aQ pasti akan menitiskan airmata,betapa CENGENGNYA AKU! asyik mengalirkan air mata. walau aQ berusaha menyembunyikan air mataku daripada dilihat oleh room8ku,namun aQ sungguh x terdaya.dan ada kalanya aQ sembunyikan tangis di dalam hati.biar hanya Tuhan yg tahu betapa rindu itu benar2 menyentuh perasaanku.
Pic ni sungguh menyentuh perasaan. Ara sangat comel dan aQ merinduinya. Rindu... |
p/s : jangan jadi BUDAK CENGENG,Jaelle!
No comments:
Post a Comment