Followers

Labels

Friday, July 1, 2011

Kesibukanku

Oh~~ kesibukan melimpah ruah di awal semester yang sangat memenatkan. Kuliah + Aktiviti IPG = tiada masa untuk bermanja2 dengan diri sendiri.


Penat! Satu-satunya perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan saya sekarang ni. Jerawat pun mula bertapak kembali di muka saya yang comel ni( :P perasan nak mampoih). Eyes bag semakin men'comel'kan mata saya sehingga ada kalanya kelihatan seperti seekor panda.


Kenapa rasa penat sangat ni?? Oh~~ aktiviti harian sangat padat. Jam 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang ada kuliah..tapi kuliah kdg2 sampai tengahhari ja.. tapi mesti ada something yang mau dibuat sampai lambat balik bilik.


Jam 5.00 petang-jam 7.00 malam ada latihan angklung pula.. duhh.. ni pun kadang2 buat saya pening kepala.. Jam 8.30 malam - jam 11.00 malam ada latihan tarian untuk Festival K.L pula..
Ni lagi la penat.


Kadang-kadang tu x sempat makan sebab mengejar masa. Tapi ada best juga la sebab saya semakin kurus ni.. hahahhaha


Walau apa pun..saya x menganggap itu semua sebagai bebanan. Lagipun saya x suka duduk diam tanpa buat aktiviti. Saya tetap enjoy buat ni semua sebab takda orang yang paksa pun saya join semua aktiviti yang menyebabkan kesibukan saya berganda-ganda. Saya ikut ni semua atas kerelaan saya sendiri.


Inilah cabaran untuk bergelar seorang guru yang profesional. So.. apa pun kesibukan yang kita semua hadapi, senyumlah sentiasa. Jangan stress. Rilex and everything's gonna be alright :)


Untuk sahabat-sahabat seperjuangan ( Angklung Team and Tari Borneo Team) , good luck untuk persembahan semasa Festival K.L nanti. Kita buat yang terbaik demi nama IPG. Kita pasti boleh!!! Yeah!!!


p/s : sekarang ni saya rasa berat saya semakin berkurang. mau juga rasa berat 50 kg ni.. tpi ntah dapat tercapai ka x.. hihihi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...